Artikel Sebelumnya ..
<<< ( Manfaat dan Penggunaan Madu )
Madu dikenali
masyarakat sangat berguna bagi stamina tubuh dan juga dapat digunakan untuk
menyembuhkan pelbagai penyakit. Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah
sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang
dibikin manusia. (QS. An-Nahl, 16:68)
Rasa dan warna madu tulen adalah berbeza-beza di
mana sifat-sifat madu ini di pengaruhi oleh kandungan mineral dan air di
dalamnya. Selain daripada itu, jenis bunga-bungaan yang dipilih oleh lebah,
jenis lebah dan tempoh matang madu tersebut dikutip amat mempengaruhi kualiti
madu tulen. Lebah yang menghisap manisan pelbagai
jenis bunga (mungkin ratusan jenis bunga) akan menghasilkan madu yang lebih
baik dan berkualiti tinggi berbanding lebah yang cuma menghisap manisan dari
beberapa jenis bunga yang terpilih sahaja.
Para pengkaji dan pakar lebah telah
mengesahkan bahawa lebah pergunungan yang mempunyai saiz yang besar, mempunyai
keupayaan yang tinggi untuk terbang jauh mencari bunga-bunga dan lebih rajin
berbanding lebah yang bersaiz kecil seperti lebah hutan. Kualiti bunga-bungaan
di tanah tinggi pergunungan juga berbeza berbanding pokok-pokok hutan,
pohon-pohon kelapa dan pokok buah-buahan. Fenomena ini berlaku kerana
kebanyakan pokok yang tumbuh di kawasan pergunungan adalah dari jenis yang
hanya mengeluarkan bunga tetapi tidak mengeluarkan buah.
Kandungan mineral dan hormon dari
pokok yang berbunga dan menghasilkan buah adalah berlainan dengan pokok-pokok
yang hanya berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Ini mempunyai kaitan dengan manisan bunga yang
dihisap oleh lebah di mana manisan dari bunga yang tidak menjadi buah adalah
lebih baik dari bunga yang akhirnya akan menjadi buah. Ini adalah fakta. Sifat
tabi'e lebah pergunungan yang membuat sarang-sarang di celah-celah batu dan
tanah berbanding lebah hutan yang membuat sarang di dahan-dahan tinggi juga
adalah sesuatu yang menakjubkan dan berlainan sama sekali.
MADU HUTAN
Madu hutan mempunyai paras kandungan
air yang tinggi iaitu sekitar 22% - 35%. Ini ada kaitan dengan purata hujan di
negara kita yang tinggi, kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur (S) atau
belerang yang lebih tinggi. Apabila kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur
(S) lebih tinggi, madu ini akan menyebabkan bahang bagi peminum madu ini di
mana badan akan terasa panas. Tembaga atau kuprum (Cu) adalah mineral yang membekalkan haba dalaman (internal heat)
pada badan .
Madu hutan ini tidak di datangi semut,
kerana wujudnya bahang haba madu tersebut. Semut adalah serangga yang mempunyai
deria yang amat sensitif. Semut tidak
mendatangi air manis biasa yang bersuhu melebihi 34 darjah Celsius (C) . Hanya
setelah suhu air itu turun kepada suhu bilik, barulah semut akan menghurungi
air manisan tersebut. Kandungan sulfur yang tinggi ini akan menyebabkan putih
telur menjadi separuh masak jika di gaulkan bersama madu hutan ini.
Mengikut pengalaman pengamal perubatan
tradisional, antara sebab lain madu hutan dicampur dengan telur ialah untuk
mengurangkan 'kepanasan'nya selain untuk
menambahkan zat-zat dari telur tersebut.
(Telur tinggi kandungan protin dan kolesterol). Namun begitu berbeza dengan
madu dari pergunungan yang tidak perlu diadun lagi dan sebaiknya diminum begitu
sahaja. Buih-buih yang wujud di permukaan atas botol yang mengandungi madu ini
disebabkan kandungan airnya yang tinggi, maka berlaku tindakbalas kimia antara
air dan mineral yang sedia ada di dalam madu tersebut.
Tidak tepat sama sekali jika madu
pergunungan ini disamakan cara penentuan keasliannya seperti madu hutan. Madu
hutan secara tradisionalnya disahkan keasliannya apabila tidak dihurungi semut
dan putih telur menjadi separuh masak jika digaul. Oleh kerana madu dari
pergunungan ini merupakan sesuatu yang baru bagi orang-orang Melayu
mengenalinya, penjelasan secara betul perlu dibuat di mana madu hutan dan madu
gunung adalah jauh berbeza dari sifat dan kualitinya. Saiz lebah yang berbeza,
tempat lebah bersarang juga berbeza, kualiti bunga-bungaan yang berbeza malah
kemahiran mengambil madu matang juga mesti diambil kira untuk membezakan
kedua-dua jenis madu.
Madu lebah sering dilihat lebih kepada
untuk merawat tetapi tidak dilihat sebagai makanan tambahan. Terdapat lebih
dari 15 jenis bahan-bahan yang terdapat di dalam madu lebah yang belum
diberikan nama dan belum ada saintis yang boleh menamakannya. Ramai ahli sains Eropah terutamanya dari
Russia membuat kajian yang mendalam terhadap madu termasuk oleh beberapa pakar
perubatan mereka. Madu adalah penawar
yang telah dikenali oleh manusia sejak ribuan tahun dahulu tetapi kita perlu
sedar ianya adalah pemakanan yang hampir lengkap dan seimbang kandungan zat-zat
nya. Ramai dari kita tahu, madu lebah adalah amalan dan sunnah Nabi Muhammad
SAW, tetapi kita jarang dan sukar pula untuk mengamalkannya. Kemungkinan
berlaku perkara ini adalah kerana kesangsian yang tinggi terhadap ketulinan
madu.
Dalam era kemajuan bidang sains dan
teknologi sekarang, banyak kajian telah dilakukan oleh ahli sains terhadap
madu. Standard Piawaian Amerika mengkelaskan madu Gred A adalah madu yang
mempunyai kandungan air 10-16%. Madu Gred B, kandungan air 17-20% manakala madu
Gred C dan Gred D terkeluar dari madu yang berkualiti walaupun dikatakan tulin.
Madu lebah asli:
Kandungan:
Ejen
membunuh bakteria, hidrogen peroksida.
Bahan
organik antibakteria.
Mikro
nutrien (garam galian, vitamin dan asid amino).
Cara rawatan:
Tuang
madu lebah di bahagian luka dan masukkan gauze yang direndam dengan madu
di bahagian luka. Lekapkan kapas bagi menyerap cecair yang keluar dan
balut.
Tempoh rawatan:
Dua
hingga empat minggu
Perbezaan madu asli dan tiruan
Madu
campuran mengandungi kandungan gula sukrosa melebihi lima peratus
Madu
sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
Sukar
untuk membezakan antara madu asli dan tiruan melainkan menerusi ujian
makmal
Bagi
mereka yang biasa makan madu tulin, dengan sendirinya dapat membezakan
rasa madu tiruan.
BEBERAPA AHLI ILMU PENGETAHUAN
MENGUNGKAPKAN PENDAPAT DAN PUJIAN TENTANG MANFAAT MADU.
1. Ibnu Sina, seorang sarjana yang terkenal di bidang kesehatan dan
filsafat berumur 100 tahun pada tahun 1952, menyatakan pendapat bahwa madu
merupakan faktor yang dapat memperpanjang umur dan dapat memelihara kesanggupan
bekerja di hari tua.dalam usia lanjut masih tampak sehat dan segar-bugar
layaknya seorang pemuda. Ketika ditanya tentang resep awet mudanya, ia
mengatakan bahwa makanannya selalu dicampur dengan madu.
2. Pollius Romillius, anggota senat Kekaisaran Roma pada zaman
Julius Caesar yang berusia paling tua, saat merayakan hari jadinya yang ke-100
ditanya oleh kaisar tentang resep awet muda yang membuatnya selalu segar-bugar.
Jawabannya, “Saya selalu makan makanan yang dicampur madu dan menghindari
makanan yang mengandung minyak.”
3. Phytagoras (Bapak Ilmu Pasti) menyatakan rasa terima kasih yang
sebcsar-besarnya karena dapat mcncapai umur 90 tahun berkat selalu minum madu.
4. Democritus (pelopor pengembangan Teori Atom) selalu mencampurkan
madu dalam makanannya sehingga dapat hidup lebih dari 100 tahun.
5. Hipocrates (ahli Fisika) mengonsumsi madu secara teratur dan
mempergunakan madu dalam praktek pengobatanmya sehingga dapat mencapai umur 107
tahun.
6. Aristoteles (Bapak Natural Science) menyatakan bahwa madu dapat
mempertinggi kesehatan manusia dan memperpanjang umur.
7. Pliny (seorang pengarang sejarah Alam Semesta) menyatakan bahwa
madu memiliki khasiat pengobatan yang baik, terutama untuk luka di mulut.
8. Dioscorides (sarjana Yunani) menvatakan bahwa madu mujarab sekali
terhadap penyakit usus dan luka infeksi.
9. Ovid (penyair Romawi) menyarankan agar orang selalu minum madu.
REFERENSI DARI KITAB-KITAB TENTANG LEBAH
MADU
Sejak awal sejarah manusia, semua kitab agama tauhid seperti Zabur, Taurat,
Injil, dan AI Quran telah memuat ayat mengenai hasil lebah sebagai sumber makanan
alami yang mengagumkan, demikian juga Kitab Weda dan Tripitaka. Beberapa ayat
yang membahas masalah madu dan hasil lebah lainnya adalah sebagai berikut:
1. Al qur’an Dalam Surat An Nahl
Ayat 68.
“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di
pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia”.
Ayat 69.
“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan
Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dan perut lebah itu keluar minuman
(MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang
menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar¬-benar
terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang¬orang yang memikirkannya.”
2. Alkitab Dalam Amsal 16:24
Perkataan yang menyenangkan adalah seperti sarang MADU, manis bagi hati dan
obat bagi tulang-tulang.
Dalam Amsal 24:13
Anakku, makanlah MADU, sebab itu baik: dan tetesan MADU manis untuk
langit-langit mulutmu.
3. Tripitaka
Dalam ajaran agama Budha ada 5 jenis obat yang bisa dikonsumsi oleh para bhikku
setelah makan siang, salah satunya adalah MADU. Selama 3 bulan para bhikku dan
bhikkuni yang bermeditasi tidak mengkonsumsi apapun kecuali MADU.
4. Vinaya pitaka
Mahavagga V1.208 15-10 Beberapa jenis obat yang dipakai oleh bhikku yang sakit
adalah…. MADU.
5. Weda
Dalam Artharvaveda XI1.3.44
MADU dicampur dengan mentega yang dijernihkan (disajikan kepada tamu)
menyehatkan.
Dalam Artharvaveda 11.3.1
Minumlah ghee (mentega yang dimurnikan), MADU dan susu baik untuk kesehatan.
6. Ayurveda
Ayurveda atau ilmu tentang kehidupan yang berakar dari budaya India
menggabungkan konsep alami dan herbal untuk menyembuhkan penyakit dan telah
dipraktekkan 4.000 tahun sebelum Masehi.
Ayurveda mempunyai bagian penting yaitu Rasayana yang secara sederhana
berarti sesuatu yang mengembalikan orang ke keadaan muda secara fisik dan
mental.
Di berbagai ramuan Rasayana yang 100% terdiri dari bahan alami, MADU
merupakan komponen yang penting. Disebutkan bahwa Rasayana disiapkan dengan
madu dan ghee (mentega yang dimurnikan) karena potensi dan preservasi herbal
secara permanen terikat pada MADU dan ghee.
( Taken from HD )
SPESIFIKASI/MACAM MADU
Madu dapat dihasilkan secara spesifik berdasarkan sumber nectar bunga.
Warna, aroma, dan rasanya dapat berbeda antara madu yang satu dengan yang lain
karena sumber nectar bungah yang berbeda. Walaupun demikian , secara umum
khasiat dan manfaat madu hampir sama.
1. Madu dari nectar bunga randu.
2. Madu dari nectar bunga karet.
3. Madu dari nectar bunga kopi.
4. Madu dari nectar bunga lengkeng.
5. Madu dari nectar bunga durian.
6. Madu dari nectar bunga rambutan.
7. Madu dari nectar bunga jambu air.
8. Madu dari nectar bunga mangga.
9. Madu dari nectar bunga kaliandra.
10. Madu dari nectar bunga mahoni.
12. Madu dari nectar bunga multiflora.
PENGGUNAAN MADU LEBAH MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DAN
AL-QURAN
Al-Quran merupakan kitab petunjuk kepada manusia yang
penuh dengan perbendaharaan ilmu pengetahuan. Rahsia khazanahnya tidak akan
habis sampai bila-bila sekalipun ia terus dikaji dan digali. Allah memberikan
sedikit pengetahuan kepada ilmuan untuk mengetahui rahsia al-Quran berdasarkan
ketajaman intelek dan rohani, pemahaman, hidayah dan ilham yang dikurniakan
Allah kepada mereka. Al-Quran terlalu luas isinya. Jika dibuka satu pintu
daripadanya, didapati dibelakangnya terdapat pintu-pintu lain yang kuncinya
disisi Allah Taala. Firman Allah:
”Tiadalah kami meluputkan
sesuatupun didalam al-Kitab” (al-Quran)
Sememangnya al-Quran bukan kitab sains, matematik dan
sebagainya. Namun, kitab al-Quran telah menyingkap segala konsep ilmu yang
merentasi semua ilmu pengetahuan. Jika kita ingin menyelidiki ilmu yang
berkaitan dengan sains, al-Quran memberikan jawapannya. Demikian juga ilmu-ilmu
yang lain, al-Quran menyingkap jawapan dengan penuh yakin. Cumanya, apabila
didapati seolah-olah wujud pertembungan di antara ilmu kajian manusia dengan
al-Quran, ternyata ia adalah kelemahan manusia memahami limu kajian mereka,
bukan kebenaran al-Quran.
Terdapat ulama yang melarang kajian-kajian khususnya
membabitkan sains dikaitkan dengan al-Quran jika matlamat kajian itu
semata-mata menyesuaikan di antara kedua-duanya. Mereka berpendapat al-Quran
tidak menyentuh soal-soal ilmiah, sama ada yang berkaitan dengan kaedah atau
fenomenanya. Pada mereka, penemuan sains sering mengalami perubahan. Jika
terdapat ilmuan yang cuba menjadikan tafsiran al-Quran mengikut maklumat sains,
di bimbangi akan terjadi usaha berlebih-lebihan untuk menjadikan penemuan
tersebut suatu kebenaran seperti maksud al-Quran.
Namun, Syeikh Tantawi ulama al-Azhar sebaliknya meyakini
bahawa terdapat hubungan yang erat di antara al-Quran dan sains. Pada Tantawi, al-Quran
adalah kitab yang hidayah kepada manusia. Bahasa al-Quran adalah tinggi, malah
susunan bahasanya sampai ke peringkat susunan bahasa sains paling tinggi.
Apabila peraturan sains berubah, maka yang salah ialah pemahaman manusia
terhadap maksud Allah tentang ayat-ayatNya. Semuga usaha memahami rahsia alam
melalui sains dengan bantuan ayat Allah akan menjadikan kita lebih teguh iman
dan ketakwaan kepada Maha Pencipta.
Madu Lebah dalam al-Quran
Lebah adalah antara nama binatang yang disebut dengan
terperinci kerjayanya di dalam al-Quran. Hal ini boleh didapati di dalam
al-Quran surah al-Nahl (ayat 65-69). Firman Allah:
Dan Tuhanmu
mewahyukan kepada lebah: buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon
kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari
tiap-tiap (macam) buah-buahan, dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah
memudahkan (bagimu). dari perut lebah itu, keluarlah minuman(madu) yang
bermacam-macam warnanya. Di dalamya terdapat ubat yang boleh mnyembuhkan bagi
manusia. sesungguhnya pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Tuhan) bagi orang yang memikirkannya.
Ayat di atas adalah perkhabaran Allah kepada manusia
mengenai tugas yang dibebankan kepada lebah. Lafaz yang ditujukan kepada lebah
ialah bentuk ”mu`annath” yakni betina. Ini sesuai dengan keadaan yang berlaku
dalam kerajaan lebah dan sesuai pula dengan kehidupannya. Ini kerana kerajaan
lebah adalah dipimpin betina dan bilangan lebah jantannya jauh lebih kecil
daripada bilangan lebah betina. Dari segi yang lain, peranan lebah jantan dalam
kerajaan lebah lebih terhad, hanya untuk memberikan keturunan kepada betina.
Apabila selesai lalu semuanya mati, tidak ada yang tinggal kecuali betina
sahaja iaitu ratu dan pekerja betina yang bertugas mencari madu dan membuat sarang.
Al-Quran juga menjelaskan mengenai fungsi lebah iaitu
memakan berbagai buah-buahan (madu bunga). Jika diperhalusi kenyataan al-Quran
tentang buah-buahan ini di dapati pada ayat sebelumnya Allah telah menerangkan
mengenai fungsi air yang sangat besar dan manfaatnya kepada alam. Antaranya
ialah air menghidupkan bumi yang tandus, menyebabkan adanya susu di dalam tubuh
binatang ternak dan menghasilkan pelbagai buah-buahan yang kemudiannya
menghasilkan manisan dan zat gula. Malah, terdapat pelbagai keistimewaan yang lain di dalam
buah-buahan seperti vitamin, protein, garam dan lain-lain lagi.
Apabila lebah memakan buah-buahan yang mempunyai pelbagai
zat gula, hasilnya keluar sejenis minuman yang berbeza warnanya iaitu madu. Ini
bermakna, madu yang dicernakan oleh lebah adalah hasil daripada cecair gula
yang diambil dari pelbagai buah-buahan. Timbul persoalan, kenapa al-Quran
menyatakan ”dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam
warnanya” tanpa disebut dengan bahasa ”pelbagai jenisnya”. Dr Abdul Karim Najib
(1994) ketika memberikan komentarnya mengenai hal di atas menjelaskan bahawa
warna pada madu lebah itu sangat penting kepada penyembuhan penyakit. Setiap
jenis zat gula yang terdapat pada madu lebah menghasilkan warna yang
berbeza-beza. Kajian makmal yang dilakukannya menunjukkan, apabila pancaran
cahaya putih melalui prisma kaca yang halus, cahaya putih tersebut akan
bercabang menjadi tujuh warna. Kumpulan cahaya itu disebut spektrum. Setiap
warna cahaya tersebut dari madu mempunyai gelombang yang panjangnya
berbeza-beza. Sebab itu, jenis zat gula yang wujud di dalam madu berbeza-beza
disebabkan warna-warna yang diserap di dalam madu tersebut berbeza-beza.
Demikian juga dengan warna madu itu sendiri yang berlainan seperti putih,
kuning dan merah yang mempunyai khasiat berbeza-beza.
Adalah hal yang tidak janggal jika diperhatikan persoalan
warna yang dibincangkan di atas turut dibincangkan oleh pelbagai pihak. Sudah
ada beberapa pihak yang mengkaji mengenai hubungan di antara kesihatan tubuh
manusia dengan warna-warna yang ada di dalam bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan.
Hal ini ditokok
tambah pula dengan amalan perawatan tradisional kita juga mengesyorkan mandian
bunga-bungaan yang berwarna terang bagi usaha memulihkan kesehatan badan. Tentunya,
ia bertujuan bagi menghasilkan getaran dari warna-warna bunga itu untuk
kesegaran tubuh badan seseorang.
| Madu merupakan ubat bagi semua penyakit Sesungguhnya madu merupakan ubat-ubatan bagi semua orang, bagaimanapun bentuk penyakit dan bangsa mana pun orang tersebut. Hal ini dapat ditinjau daripada lafaz ayat yang digunakan al-Quran iaitu berbentuk umum iaitu ” padanya terdapat ubat bagi manusia”, dan bukan sejenis ubat untuk manusia tertentu sahaja. Terdapat ilmuan Islam yang menyokong pendapat di atas bahawa madu adalah penawar bagi semua jenis penyakit. Sebahagian pula menyatakan bahawa madu adalah ubat bagi sesetengah penyakit, bukan untuk semua penyakit. Pendapat kedua ini memberikan pandangan berdasarkan dalil-dalil berikut: Bahasa Arab: - Mereka menyatakan lafaz syifa` merupakan isim nakirah yang tidak semestinya bermakna umum. Ia lebih bermaksud ubat sebahagian penyakit untuk sebahagian orang.
- Hadis nabi yang mengisyaratkan bahawa setiap penyakit pasti ada ubatnya. Sedangkan ubat tersbut hanya diketahui oleh sebahagian orang sahaja.
- Perbuatan Rasulullah yang berbekam dan tidak menggunakan madu sebagai ubat dalam semua keadaan.
Ramuan ubat yang diberikan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Amalan para sahabat nabi dan tabiin Kenyataan ilmu pengetahuan Hadis Nabi s.a.w mngenai Madu Terdapat banyak hadis nabi yang menjelaskan mengenai madu lebah. Di antaranya tentang dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Pertama, mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda ”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (Riwayat Bukhari) Hadis di atas menjelaskan hal-hal berikut. · Madu merupakan ubat segala penyakit kerana Rasulullah tidak melihat pesakit, sebaliknya terus menyebutkan madu sebagai ubatnya. · . Supaya madu itu berfaedah dan berkesan, maka penggunanya perlu menggunakannya beberapa kali. · Semua jenis madu, bagaimanapun rupanya tetap mengandungi ubat bagi segala penyakit. Amalan Rasulullah s.a.w mengenai madu Kitab “Zad al-Ma`ad fi huda khair al-ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam ”Sunan Ibn Majah” pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi ” sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”. Ada juga disebutkan dalam hadis yang lain, bahawa Nabi s.a.w bersabda ”berubatlah kamu dengan dua jenis ubat yakni madu dan al-Quran”. Di dalam kitab ”al-Sunan” itu disebutkan juga nabi Muhammad s.a.w. bersabda ” Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat” . Ibn Qayyim menyebutkan bahawa madu yang terbaik ialah yang warnanya putih bening, lentur dan manis. Demikian juga madu yang diambil dari lebah liar (Ibn Qayyim, 1998). Madu dalam tamadun manusia Manusia sejak zaman berzaman sudah menggunakan madu sebagai makanan dan ubat. Masyarakat Mesir purba sudah menggunakan madu di dalam bidang ilmu perubatan mereka untuk mengubat penyakit luka, sakit perut, usus, pinggang dan mata. Mereka juga menggunakan madu untuk mengawet mayat supaya tidak busuk. Masyarakat Yunani dan Rumawi menganggap madu sebagai sumber kesihatan yang boleh memanjangkan usia. Misalnya Pitagoras, seorang ahli matematik mengatakan beliau mengamalkan madu untuk hidup sehat. Beliau meninggal ketika berusia 90 tahun. Abu Qirat hidup 107 tahun adalah seo9rang yang sering mengamalkan meminum madu. Demikian juga Aristotle dan Galenos, ahli perubatan Greek. Ibn Sina menyatakan ” Jika anda ingin awet muda, minumlah madu”. Beliau ada menambah ” sesungguhnya madu lebah dapat menguatkan semangat, menambah kerajinan, menjaga awet muda dan melancarkan percakapan”. (Abdul Karim Najib, 1994: 173-174) Cara menggunakan madu Dr Abdul Karim Najib menyebutkan cara menggunakan madu untuk rawatan sebagai berikut: · Pesakit dilarang meminum sebarang makanan selama lapan jam sebelum berubat dengan minuman madu. · Minumlah madu lebah kemudian pula air untuk meringankan madu tersebut. · Jika penyakit tersebut ringan, larangan makan makanan lain boleh dikurangkan masanya. · Penyakit kulit boleh diubati dengan menyapu madu tersebut. · Menggunakan madu bukan bermakna menyia-nyiakan pemeriksaan dan penggunaan ubat lain. · Keimanan dan kesabaran adalah sifat yang semestinya dimiliki pesakit, supaya proses berubat berjalan baik. Kesimpulan Menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mengkaji dan memahami dan mengambil manfaat daripada keistimewaan madu ini. Hal ini kerana selain kita dapat manfaat dari madu, kita juga akan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua itu. PENYAKIT YANG BOLEH DISEMBUHKAN DENGAN MADU 1.Penyakit kulit 2.Terbakar 3. Jerawat 4. Gatal-gatal 5. Luka 6. Kanak-kanak lumpuh 7. Kurap 8. Sakit gigi 9. Sakit mata 10. Sakit jantung 11. Selesema LEBAH Lebah membuat tempat penyimpanan madu dalam bentuk heksagon. Lebah menggunakan bentuk yang membolehkan mereka menyimpan madu dalam jumlah yang maksimum dengan menggunakan material yang paling sedikit. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat. Aspek lain yang mengagumkan adalah cara komunikasi antara lebah yang sulit untuk dipercayai. Setelah menemui sumber makanan, lebah yang bertugas mencari bunga untuk membuat madu terbang lurus ke sarangnya. Ia ditugaskan untuk memberitahu kepada lebah-lebah yang lain arah sudut dan jarak sumber makanan dari sarang dengan sebuah tarian khusus. Setelah memperhatikan dengan tepet isyarat gerak dalam tarian tersebut, akhirnya lebah-lebah yang lainnya mengetahui posisi sumber makanan tersebut dan mampu menemuinya tanpa kesulitan. Lebah menggunakan cara yang sangat menarik ketika membina sarang. Mereka menyediakan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeda, seterusnya hingga bertemu di tengah. Setelah pembinaan tersebut selesai sehingga tidak nampak sebarang kecacaatan. Manusia tidak mampu membuat perancangan yang sempurna ini tanpa perhitungan geometrik yang rumit tetapi lebah melakukannya dengan sangat mudah. Fenomena ini membuktikan bahwa lebah diberi petunjuk melalui “ilham” dari Allah swt sebagaimana firman Allah dalam surat An-Nahl ayat 68 di atas. Sejak jutaan tahun yang lalu, lebah telah menghasilkan sepuluh kali ganda lebih banyak dari yang mereka perlukan. Satu- satunya alasan mengapa binatang yang melakukan segala perhitungan secara terperinci ini supaya manusia dapat memperoleh manfaat dari madu yang merupakan ubat bagi manusia. Allah swt menyatakan tugas lebah ini di dalam al-quran. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan. (QS. An-Nahl, 16: 69) Madu tersusun atas beberapa molekul gula seperti glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandung vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 yang komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang dibawa oleh lebah. Di samping itu di dalam madu terdapat tembaga, yodium dan seng dalam jumlah yang kecil serta beberapa jenis hormon. Sebagaimana firman Allah, madu adalah “obat yang menyembuhkan bagi manusia”. Fakta ilmiah ini telah dibenarkan oleh para ilmuwan yang bertemu pada Konferensi Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada tanggal 20-26 September 1993 di Cina. Dalam konferensi tersebut dibincangkan penyembuhan dengan menggunakan ramuan yang berasal dari madu. Para ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu, royal jelly, serbuk sari dan propolis (getah lebah) dapat mengubati berbagai penyakit. Seorang doktor yang berasal dari Rumania mengatakan bahawa ia menggunakan madu untuk mengobati pesakit katarak dan pesakitnya sembuh sama sekali. Para doktor yang berasal Poland juga mengatakan dalam konferensi tersebut bahawa getah lebah (bee resin) dapat membantu menyembuhkan banyak penyakit seperti bawasir, penyakit kulit, penyakit ginekologis dan pelbagai penyakit lain. Pada Konferense Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) yang diselenggarakan pada tanggal 20-26 September 1993 di Cina, telah menemui fakta mengenai tentang manfaat yang luar biasa pada madu asli 100% murni. Para Ilmuwan Amerika mengatakan bahwa madu asli 100% murni, royal jelly dan bee pollen dapat mengubati berbagai penyakit. Bahkan seorang doktor yang berasal Rumania mengatakan bahawa dia mencuba menggunakan madu asli 100% murni untuk mengubati pesakit katarak dan pesakitnya sembuh serta merta. Penelitian Peter C. Molan (1992), peneliti dari Departement of Biological Sciences, University of Waikoto, di Hamilton, Selandia Baru membuktikan bahwa madu asli 100% murni mengandung zat antibiotik yang aktif melawan serangan berbagai patogen penyebab penyakit. Beberapa penyakit infeksi berbagai patogen yang dapat disembuhkan dengan mengambil madu asli 100% murni secara teratur. Antara penyakit lain ialah mengenai saluran pencernaan,penyakit kulit, infeksi saluran pernafasan akut (ISPA),batuk dan demam; penyakit jantung, hati, dan paru; penyakit-penyakit yang dapat mengganggu mata, telinga, dan syaraf. Berdasarkan hasil penelitian Kamaruddin (1997), peneliti dari Departement of Biochemistry, Faculty of Medicine, Universiti of Malaya, di Kualalumpur paling tidak ada empat faktor yang bertanggung jawab terhadap aktiviti antibakteri pada madu asli 100% murni. Pertama, kadar gula madu yang tinggi akan menghalang pertumbuhan bakteri sehingga bakteri tersebut tidak dapat hidup dan berkembang. Kedua, tingkat kemanisan madu yang tinggi (pH 3.65) akan mengurangi pertumbuhan dan daya hidupnya sehingga bakteri tersebut merana atau mati. Ketiga,adanya pertumbuhan radikal hidrogen peroksida yang bersifat membunuh mikroorganisme patogen. Dan keempat adanya senyawa organik yang bersifat antibakteri. Yang telah teridentifikasi antara lain seperti polyphenol, flavonoid, dan glikosida. Lebah atau nama saintifiknya Apis mellifera di antara makhluk ciptaan Allah yang dikenali lantaran madu yang di hasilkannya. Tanpa madu, lebah hanya di anggap sebagai sejenis binatang biasa ,walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Masyarakat lebah amat dikenali sebagai satu kelompok masyarakat yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja .Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar bagi kesejahteraan kehidupan manusia. Keistimewaan lebah ini telah diabadikan oleh Allah di dalam kitabnya Al-Quran. Pengabadian ini di lakukan dengan menamakan satu surah dengan nama lebah(Al-Nahl) Allah telah berfirman menerusi surah Al-Nahl mengenai lebah dan khasiat yang terdapat pada madu lebah. Firman Allah: (Q:16:68-69) Maksudnya: "Dan tuhanmu memberi ilham kepada lebah "hendaklah engkau membuat sarangmu pada gunung-ganang,dan pada pokok-pokok kayu, dan juga pada bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. "Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan-jalan peraturan tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu"(dengan itu ) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)bagi orang-orang yang berfikir. Sejak berzaman ,madu lebah telah digunakan dalam perubatan sama ada di gunakan madu lebah secara sendirian ataupun di gunakan sebagai salah satu bahan dalam ramuan ubat tertentu. Allah SWT telah mengisytiharkan bahawa madu adalah satu penawar bagi pelbagai jenis penyakit dan ia juga merupakan kesukaan Rasulullah SAW. Madu yang di hasilkan oleh lebah terdapat dalam pelbagai warna seperti putih, kuning, merah dan lain-lain warna yang baik bergantung kepada jenis tumbuhan yang dimakan.
Proses Yang Dilakukan Oleh Lebah | % Kandungan Air | % Kandungan Gula | Peringkat pertama | 55-60 | 35-40 | Peringkat kedua | 40-50 | 50-60 | Peringkat ketiga | 19-21 | 79-81 | Proses ini memakan masa lebih kurang 3-5 minggu
Kandungan Madu Asli | % | Air | 16-25 | Gula (Devolose &Dextrose) | 75-83 | Sucrose | 5 | Dextrin ,Maltose &Gam | 1-12 | Galian (Abu) (Minerals) | 0.25 | Lain-lain | 28.75 | Sumber :Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.Risalah pertanian Bil 59"Panduan Memelihara Lebah Madu" Kepentingan pemakanan madu lebah dan penjagaannya dari segi kesihatan amat berkesan dan mempunyai pelbagai khasiat. Bagi pesakit kencing manis, kandungan gula fruktos yang terdapat dalam madu lebah mampu membakar bahan-bahan bergula yang berlebihan di dalam tubuh bagi menggantikan ketidakmampuan glukos melakukanya. Madu lebah juga sesuai di amalkan oleh mereka yang mengalami penyakit limpa dan sebagai bahan yang paling baik untuk merawat luka-luka dan bengkak kulit. Mengikut ilmu kedoktoran hindu lama madu lebah mampu mengekalkan paras rupa seseorang (awet muda)sekiranya mengamalkan pengambilan madu lebah. Pelopor kepada ilmu kedoktoran moden, Ibnu Sina telah mengeluarkan pendapat "Sekiranya kamu ingin mengekalkan kemudaan(awet muda),maka makanlah madu lebah. Khasiat madu lebah yang banyak sehingga digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat . Khasiat madu lebah antaranya: Digunakan sebagai ubat sakit perut. Menghilangkan ketagihan dadah Menghilangkan kahak. Memutih dan menguatkan gigi. Menghilangkan kesan terbakar pada kulit. Menguatkan badan,bagi yang berumur. Namun begitu Firman Allah "Madu penyembuh bagi penyakit" adalah tidak dimaksudkan dengan kesemua jenis penyakit tetapi merujuk kepada penggunaan madu sebagai ubat atau sebagai salah satu ramuan dalam penyediaan ubat. Sebagai contoh untuk menyembuhkan luka, di perlukan kulit kayu manis kemudian di campurkan dengan madu dan di ikuti dengan doa kepada Allah serta keyakinan pada diri. Walau bagaimanapun terdapat satu amaran bahawa madu tidak boleh dimakan bersama dengan tembikai. Perihal mengenai madu lebah bukan saja terdapat dalam Al-Quran tetapi juga terdapat di dalam bible.
Artikel Sebelumnya .. <<< ( Manfaat dan Penggunaan Madu ) |